Friday, December 02, 2005

Misteri bola ping pong

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Diasungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kinimemulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunyatelah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorangyang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalampelajaran. Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amermendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannyaketika menduduki peperiksaan PMR. Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak banggadengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagaihadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?" Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bolaping pong aje bapak." Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajatanaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bolapingpong. Masa kian berlalu, ki! ni Amer mendapat kejayaandidalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusankejuruteraan mekanikal disebuah university terkemukadi Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakahhadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun diatetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong. Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjayadan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaikdi Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yangditerimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bolapingpong dari bapanya. Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurangcentre, tetapi masih berbangga. Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuahsyarikat engineering yang terbesar di Malaysia yangbertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantasdia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masihtetap mahukan bola ping pong. "Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapakmakin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah KeretaMercedes SLK Compressor" Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanyatanpa banyak soal. Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluaruntuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer,dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24dan dimasukkan ke ICU. Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasihsayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan naksembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola pingpongnya dan menyerahkan pada bapanya. "Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpanni...." kata Amer kesakitan. "Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje,ape ke paedahnya" kata bapaknya "Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pongini..." kata Amer "Apa dia" tanya bapa Amer Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amermenghembuskan nafasnya yang terakhir... Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misterianaknya. Apakah misteriya? Anda nak tau????














Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalahMisteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteriselamanya